Tajuk "Senaman untuk Kesihatan" ini berkaitan juga dengan post saya yang lepas iaitu "diet?? xpe ke...".Untuk menjaga kesihatan, diet yang seimbang dan senaman adalah faktor utama dalam membentuk diri yang sihat.
piramid makanan
Benar, diet yang seimbang boleh membentuk badan yang cantik, langsing dan menarik. Namun, untuk sihat, diet yang sembang tidak mencukupi. tiada gunanya menjaga diet harian anda, mempunyai tubuh yang langsing dan menarik tetapi tidak cergas. Tubuh badan sentiasa merasa lemah dan tidak bersemangat untuk melakukan kerja. Ini adalah kerana kita tidak mengamalkan senaman untuk kecergasan dan kesihatan diri kita sendiri. Tanpa senaman, badan kita tidak cergas dan muka kita kelihatan letih dan tak bermaya.
contoh imej bagi mereka yang kurang senaman
Di samping meningkatkan kecergasan fizikal, senaman juga dapat meningkatkan kecergasan mental. Contohnya semasa menghadapi stress, kesukaran untuk tidur dan juga menghadapi perubahan emosi yang mendadak. Melalui senaman, kita boleh melepaskan perasaan negatif yang ada dalam diri kita. Walaupun tidak boleh melepaskan perasaan negatif itu sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat melupakan perkara tersebut sementara.
berenang
senaman yang dilakukan di pusat gymnasium
berbasikal
Banyak cara kita boleh bersenam seperti jogging, berbasikal, berjalan kaki, membuat aktiviti berkebun atau di laman, dan sebagainya. Namun sejauh mana efektifnya senaman yang kita buat bergantung kepada intensiti latihan yang kita buat dan matlamat yang ingin kita capai dari senaman tersebut sama ada untuk faedah kardiovaskular (jantung), kekuatan (otot), menurunkan berat badan dan lain-lain. Latihan-latihan di atas tidaklah sebanyak mana jika hendak dibandingkan dengan latihan membina otot.
Tetapi sekiranya hendak mengawal berat badan, cukuplah sekadar bersenam biasa bukannya dengan membina otot. Senaman yang paling baik untuk dilakukan adalah berenang, bermain basikal dan juga berjalan cepat. Antara senaman yang biasa saya lakukan adalah berenang dan berjalan cepat. Saya sendiri melakukan senaman untuk kesihatan dan kecergasan badan saya.Sekiranya saya merasa stress atau emosi saya terganggu, saya lebih gemar untuk berenang. Melalui berenang saya dapat mengurangkan rasa negatif dalam diri saya. Jenis senaman yang dilakukan adalah bergantung pada individu itu sendiri.
Sebenarnya senaman berjalan cepat dapat megekalkan kesihatan dan dapat megurangkan risiko mendapat penyakit. Dr Blair, Pengarah Epidemiologi dan aplikasi klinikal di Institut Cooper Bagi Penyelidikan Aerobik di Dallas, Texas, berkata manusia umumnya pantas menyalahkan obesiti bagi pelbagai penyakit kronik dan punca kematian sedangkan ketiadaan kegiatan fizikal yang turut sama bertanggungjawab bagi peningkatan bilangan kematian di dunia, tidak diberi perhatian.Beliau berkata, cara hidup sihat dan aktif sememangnya dapat mengurangkan risiko bertambah berat badan dan ia sangat berguna dalam program mengurangkan berat badan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Hari Kesihatan Sedunia pada 7 April, mengeluarkan satu laporan yang menunjukkan bahawa kurang bersenam secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada anggaran 30 juta kematian setiap tahun dengan 80 peratus daripadanya adalah di negara membangun.Laporan itu juga menyebut penyakit kronik yang berpunca daripada kurang bersenam, diet buruk dan merokok kini adalah punca utama kematian di setiap pelosok dunia kecuali kawasan Sahara di Afrika dengan Aids masih menjadi ancaman utama.Mesej yang cuba disampaikannya ialah manusia harus mengamalkan cara hidup sihat.
Oleh itu, untuk menjaga kesihatan, kita hendaklah mengamalkan diet yang seimbang dan senaman demi kecergasan fizikal dan mental. Bagi perokok-perokok yang tegar,buangkanlah tabiat merokok kerana merokok boleh membahayakan kesihatan badan kita dan mengganggu sistem badan kita.
SAY NO TO SMOKING!
patutlah awak gemuk, awak kuat tidur! kih3
ReplyDelete