produk-produk kecantikan
Saya ada beberapa petua tradisional atau petua-petua orang tua yang penah diajarkan pada saya suatu ketika dahulu dan ingin saya kongsi dengan anda. Saya sendiri pernah mengamalkannya. Antaranya adalah:
AWET MUDA
Ramai di antara wanita-wanita yang mengimpikan kekal kelihatan muda walaupun umur sudah lanjut. Sekiranya jalan bersama dengan anak, teringin sekiranya orang menyangka kita berjalan dengan adik sedangkan kita adalah pangkat ibu padanya. Salah satu petuanya adalah sentiasalah ukirkan senyuman. Senyuman juga boleh mangurangkan risiko untuk terdedah pada penyakit selain melancarkan perjalanan darah kita.
Selain itu, memperbanyakkan memakan sayuran jenis daun-daun dan ulam- ulaman. Melalui cara ini juga boleh membantu diri kita kelihatan awet muda. Pada zaman nenek moyang kita, ulam-ulaman telah menjadi makanan harian mereka dan menjadi snek mereka berbeza dengan zaman sekarang yang lebih gemar memakan makanan "fast food" yang mengandungi bahan-bahan yang tidak baik untuk kesihatan. Mungkin disebabkan itu umor sudah menjangkau 90 tahun, mereka masih lagi boleh berjalan malah dalam kondisi yang sihat. Tidak seperti sekarang, dalam usia yang masih muda, sudah mengumpul pelbagai jenis penyakit.
Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali.
RAMBUT GUGUR
- Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
- Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
- Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.
rambut lurus seperti iklan shampoo
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM
- Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
- Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
- Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.
- Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
- Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
- Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
- Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
- Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
No comments:
Post a Comment