untuk mengamalkan diet yang seimbang, kita hendaklah mengurangkan memakan makanan yang berlemak atau berkolesterol tinggi. Selain itu, separuh daripada diet seharian kita hendaklah memakan makanan berkarbohidrat. Ini kerana, sebahagian besar dari tenaga yang kita perlukan adalah dari karbohidrat dan kaya dengan serat manakala protein yang perlu diambil hanyalah sedikit kerana makanan yang kaya protein mengandungi banyak lemak juga. Ramai yang tersalah tafsir bahawa karbohidrat itu menggemukkan manakala protein itu sebaliknya. Selain itu kita perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak bagi melancarkan sistem pencernaan.
Namun begitu ramai yang masih mengamalkan diet sesuka hati. Contohnya,
1) Diet epal dan detoks
Makan hanya epal manis selama 7 hari berturut-turut. kebiasaannya epal merah. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan dalam sehari menjadi sampai lima hingga enam biji. Selain epal, hanya minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan lebih lancar. Seminggu boleh turun sehingga 2 kilogram(kg). Seperti yang kita tahu, buah-buahan mengandungi vitamin dan karbohidrat tetapi tidak mengandungi protein dan lemak. Ini menunjukkan bahawa gizi makanan seumpama ini tidak menepati ciri-ciri makanan yang seimbang. Megikut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penurunan berat badan yang sihat adalah 1 hingga 1.5 kg/minggu dengan pengurangan makanan sebanyak 500 kalori/hari. Dalam setiap penurunan berat badan, sebaik-baiknya kurangkan jumlah lemak di dalam badan. Pengambilan buah-buahan untuk menurunkan berat badan bukan hanya menyebabkan jumlah lemak di dalam tubuh menurun, tetapi juga kandungan protein otot dan jumlah cairan di dalam tubuh berkurang. Kehilangan air yang terlalu banyak dapat membahayakan ginjal. Bila berat badan kembali naik, kemungkinan lemak semakin meningkat. Sebenarnya tubuh kita mampu mendetoksifikasikan bahan-bahan beracun dan yang tidak diperlukan tubuh secara semulajadi. Proses detoksifikasi berlaku di hati. Jadi, pengambilan suplemen untuk detoksifikasi bukanlah satu keperluan.
2) Say "No" to nasi!!
3) makan dengan kadar perlahan
Makan dengan perlahan memberi peluang kepada otak untuk mengirimkan signal sudah kenyang. Cara begini membantu menggelakkan anda daripada makan berlebihan. Menurut pakar pola pemakanan yang sihat, lengkap dengan air, karbohidrat, protein, lemak dan serat. Namun, masih kurang pengambilan protein tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sehingga kekurangan keperluan vitamin dan mineral. Cuba variasikan sumber protein dengan menambah pengambilan makanan seperti kekacang. Nutrien makanan harus seimbang kerana tubuh amat memerlukannya. Apatah lagi protein tumbuhan yang kaya dengan isoplavon sebagai antioksidan, fitestrogen sebagai sumber estrogen dari tumbuhan yang digunakan untuk meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh dan fitesterol. Perhatikan juga cara memasak. Kurangkan menggoreng makanan. Makan tiga sudu sudah cukup kerana pengambilan sayur-sayuran sudah cukup banyak. Tambahan, sayur dan buah juga mengandungi karbohidrat yang tinggi serat.
No comments:
Post a Comment