Monday, February 21, 2011

kesihatan

Assalamualaikum :)

hari ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda tentang piramid makanan. Saya jamin dikalangan anda semua tahu tentang piramid makanan. Piramid makanan adalah pengkelasan makanan mengikut kuantiti yang disarankan.

Piramid makanan ini sangatlah berguna untuk semua terutamanya bagi mereka yang pentingkankan kesihatan. Di bawah ini saya selitkan jadual gizi makanan yang sangat bermanfaat untuk kita semua.


Aras kumpulan makanan
Nilai Khasiat
Cadangan makanan
Contoh sajian
Aras 1:
Bijirin, produk bijirin dan ubi
  • Sumber karbohidrat kompleks yang baik
  • Membekalkan vitamin, mineral, serat dan protein
  • Rendah lemak
8 - 12 sajian
  • 1/2 cawan nasi (putih atau perang)
  • 1/2cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
  • 1/2 keping capati
  • 1/2 cawan keledek/ubi kayu/keladi
Aras 2:
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Sumber vitamin, mineral dan serat yang baik
3 - 5 sajian
Sayur-sayuran:
  • 1/2cawan sayur berdaun hijau tua bersama batangnya (dimasak)
  • 1/2 cawan sayur buah/berakar (dimasak)
Buah-buahan:
  • 1/2 cawan jambu berukuran sederhana
  • 1 hiris betik/nanas
Aras 3:
Susu dan hasil tenusu (kecuali susu pekat, mentega dan krim)

Ikan, ayam, daging dan kekacang
  • Sumber kalsium yang baik
  • Sumber protein yang penting
  • Sumber protein yang baik
  • Kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink
  • Kekacang juga kaya dengan magnesium dan serat
1 - 2 sajian




2 - 3 sajian
  • 1 gelas susu
  • 1 cawan dadih
  • 1 keping keju
  • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
  • 1 ekor ikan kembong saiz sederhana
  • 2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
  • 5 sudu besar ikan bilis
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan kacang kering/kekacang
Aras 4:
Lemak, minyak, gula dan garam
  • Lemak dan minyak mengandungi asid lemak (EFAs) dan vitamin A, D, E dan K
  • Gula (Contoh: madu, gula pasir, sirap, gula perang dan glukosa) memberi kalori yang sedikit atau tiada zat
Jumlah sedikit

Thursday, February 17, 2011

CARA TRADISIONAL?? APA SALAHNYA......

Pada era yang moden ini, kita selalu didedahkan dengan pelbagai produk-produk kecantikan khas untuk wanita. Tidak kurang juga untuk jejaka-jejaka yang menjaga penampilan diri mereka. Produk-produk kecantikan ini dijual merata-rata tidak terkecuali juga di kedai runcit yang berhampiran dengan rumah anda. Bagi mereka yang berkemampuan, mereka sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit sebulan demi penjagaan penampilan dan kecantikan mereka. Tidak kah anda tahu bahawa kita tidak perlu mengeluarkan beratus-ratus ringgit untuk cantik tetapi hanya menggunakan benda yang ada disekeliling anda??

produk-produk kecantikan

Saya ada beberapa petua tradisional atau petua-petua orang tua yang penah diajarkan pada saya suatu ketika dahulu dan ingin saya kongsi dengan anda. Saya sendiri pernah mengamalkannya. Antaranya adalah:

AWET MUDA

Ramai di antara wanita-wanita yang mengimpikan kekal kelihatan muda walaupun umur sudah lanjut. Sekiranya jalan bersama dengan anak, teringin sekiranya orang menyangka kita berjalan dengan adik sedangkan kita adalah pangkat ibu padanya. Salah satu petuanya adalah sentiasalah ukirkan senyuman. Senyuman juga boleh mangurangkan risiko untuk terdedah pada penyakit selain melancarkan perjalanan darah kita. 
senyuman itu adalah sedekah


Selain itu, memperbanyakkan memakan sayuran jenis daun-daun dan ulam- ulaman. Melalui cara ini juga boleh membantu diri kita kelihatan awet muda. Pada zaman nenek moyang kita, ulam-ulaman telah menjadi makanan harian mereka dan menjadi snek mereka berbeza dengan zaman sekarang yang lebih gemar memakan makanan "fast food" yang mengandungi bahan-bahan yang tidak baik untuk kesihatan. Mungkin disebabkan itu umor sudah menjangkau 90 tahun, mereka masih lagi boleh berjalan malah dalam kondisi yang sihat. Tidak seperti sekarang, dalam usia yang masih muda, sudah mengumpul pelbagai jenis penyakit.

Selain itu, anda juga boleh melakukan petua ini. Bagi wanita yang hamil, anda tidak digalakkan untuk melakukan petua ini.

Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

RAMBUT GUGUR

  • Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
  • Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
  • Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.
MELURUSKAN RAMBUT

rambut lurus seperti iklan shampoo

Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM

  • Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  • Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  • Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
MENGHILANGKAN PARUT DI WAJAH

Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.
  • Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
  • Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  • Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  • Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  • Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Tuesday, February 15, 2011

SENAMAN UNTUK KESIHATAN

Tajuk "Senaman untuk Kesihatan" ini berkaitan juga dengan post saya yang lepas iaitu "diet?? xpe ke...".Untuk menjaga kesihatan, diet yang seimbang dan senaman adalah faktor utama dalam membentuk diri yang sihat.
piramid makanan

Benar, diet yang seimbang boleh membentuk badan yang cantik, langsing dan menarik. Namun, untuk sihat, diet yang sembang tidak mencukupi. tiada gunanya menjaga diet harian anda, mempunyai tubuh yang langsing dan menarik tetapi tidak cergas. Tubuh badan sentiasa merasa lemah dan tidak bersemangat untuk melakukan kerja. Ini adalah kerana kita tidak mengamalkan senaman untuk kecergasan dan kesihatan diri kita sendiri. Tanpa senaman, badan kita tidak cergas dan muka kita kelihatan letih dan tak bermaya.

contoh imej bagi mereka yang kurang senaman

Di samping meningkatkan kecergasan fizikal, senaman juga dapat meningkatkan kecergasan mental. Contohnya semasa menghadapi stress, kesukaran untuk tidur dan juga menghadapi perubahan emosi yang mendadak. Melalui senaman, kita boleh melepaskan perasaan negatif yang ada dalam diri kita. Walaupun tidak boleh melepaskan perasaan negatif itu sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat melupakan perkara tersebut sementara.

berenang
senaman yang dilakukan di pusat gymnasium
berbasikal

Banyak cara kita boleh bersenam seperti jogging, berbasikal, berjalan kaki, membuat aktiviti berkebun atau di laman, dan sebagainya. Namun sejauh mana efektifnya senaman yang kita buat bergantung kepada intensiti latihan yang kita buat dan matlamat yang ingin kita capai dari senaman tersebut sama ada untuk faedah kardiovaskular (jantung), kekuatan (otot), menurunkan berat badan dan lain-lain. Latihan-latihan di atas tidaklah sebanyak mana jika hendak dibandingkan dengan latihan membina otot.

Tetapi sekiranya hendak mengawal berat badan, cukuplah sekadar bersenam biasa bukannya dengan membina otot. Senaman yang paling baik untuk dilakukan adalah berenang, bermain basikal dan juga berjalan cepat. Antara senaman yang biasa saya lakukan adalah berenang dan berjalan cepat. Saya sendiri melakukan senaman untuk kesihatan dan kecergasan badan saya.Sekiranya saya merasa stress atau emosi saya terganggu, saya lebih gemar untuk berenang. Melalui berenang saya dapat mengurangkan rasa negatif dalam diri saya. Jenis senaman yang dilakukan adalah bergantung pada individu itu sendiri.

Sebenarnya senaman berjalan cepat dapat megekalkan kesihatan dan dapat megurangkan risiko mendapat penyakit. Dr Blair, Pengarah Epidemiologi dan aplikasi klinikal di Institut Cooper Bagi Penyelidikan Aerobik di Dallas, Texas, berkata manusia umumnya pantas menyalahkan obesiti bagi pelbagai penyakit kronik dan punca kematian sedangkan ketiadaan kegiatan fizikal yang turut sama bertanggungjawab bagi peningkatan bilangan kematian di dunia, tidak diberi perhatian.Beliau berkata, cara hidup sihat dan aktif sememangnya dapat mengurangkan risiko bertambah berat badan dan ia sangat berguna dalam program mengurangkan berat badan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Hari Kesihatan Sedunia pada 7 April, mengeluarkan satu laporan yang menunjukkan bahawa kurang bersenam secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada anggaran 30 juta kematian setiap tahun dengan 80 peratus daripadanya adalah di negara membangun.Laporan itu juga menyebut penyakit kronik yang berpunca daripada kurang bersenam, diet buruk dan merokok kini adalah punca utama kematian di setiap pelosok dunia kecuali kawasan Sahara di Afrika dengan Aids masih menjadi ancaman utama.Mesej yang cuba disampaikannya ialah manusia harus mengamalkan cara hidup sihat.
Oleh itu, untuk menjaga kesihatan, kita hendaklah mengamalkan diet yang seimbang dan senaman demi kecergasan fizikal dan mental. Bagi perokok-perokok yang tegar,buangkanlah tabiat merokok kerana merokok boleh membahayakan kesihatan badan kita dan mengganggu sistem badan kita.

SAY NO TO SMOKING!







diet??? xpe ke??

Ramai dikalangan wanita-wanita yang menginginkan tubuh badan yang langsing dan menarik. Bagi mereka, tubuh badan yang menarik menambahkan lagi daya tarikan pada diri mereka. Justeru, mereka mengawal diet seharian mereka demi mendapatkan tubuh badan yang langsing dan cantik. ada juga di antara mereka yang masih mengambil berat tentang kesihatan diri mereka dan ada juga yang mengikut diet mengikut sesuka hati mereka. Mereka yang sebegini tidak sedar akan padahnye sekiranya tidak mengamalkan diet yang betul.

untuk mengamalkan diet yang seimbang, kita hendaklah mengurangkan memakan makanan yang berlemak atau berkolesterol tinggi. Selain itu, separuh daripada diet seharian kita hendaklah memakan makanan berkarbohidrat. Ini kerana, sebahagian besar dari tenaga yang kita perlukan adalah dari karbohidrat dan kaya dengan serat manakala protein yang perlu diambil hanyalah sedikit kerana makanan yang kaya protein mengandungi banyak lemak juga. Ramai yang tersalah tafsir bahawa karbohidrat itu menggemukkan manakala protein itu sebaliknya. Selain itu kita perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak bagi melancarkan sistem pencernaan.

Namun begitu ramai yang masih mengamalkan diet sesuka hati. Contohnya,
1) Diet epal dan detoks



Makan hanya epal manis selama 7 hari berturut-turut. kebiasaannya epal merah. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan dalam sehari menjadi sampai lima hingga enam biji. Selain epal, hanya minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan lebih lancar. Seminggu boleh turun sehingga 2 kilogram(kg). Seperti yang kita tahu, buah-buahan mengandungi vitamin dan karbohidrat tetapi tidak mengandungi protein dan lemak. Ini menunjukkan bahawa gizi makanan seumpama ini tidak menepati ciri-ciri makanan yang seimbang. Megikut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penurunan berat badan yang sihat adalah 1 hingga 1.5 kg/minggu dengan pengurangan makanan sebanyak 500 kalori/hari. Dalam setiap penurunan berat badan, sebaik-baiknya kurangkan jumlah lemak di dalam badan. Pengambilan buah-buahan untuk menurunkan berat badan bukan hanya menyebabkan jumlah lemak di dalam tubuh menurun, tetapi juga kandungan protein otot dan jumlah cairan di dalam tubuh berkurang. Kehilangan air yang terlalu banyak dapat membahayakan ginjal. Bila berat badan kembali naik, kemungkinan lemak semakin meningkat. Sebenarnya tubuh kita mampu mendetoksifikasikan bahan-bahan beracun dan yang tidak diperlukan tubuh secara semulajadi. Proses detoksifikasi berlaku di hati. Jadi, pengambilan suplemen untuk detoksifikasi bukanlah satu keperluan.

2) Say "No" to nasi!!



Makanan berkarbohidrat sepert nasi dielakkan. Adakalanya memakan mi dan roti bagi menggantikan nasi. Sebenarnya, tidak perlulah sehingga tidak memakan nasi langsung cukup sekadar memakan dalam kuantiti yang sedikit. Nasi dari beras merah sebenarnya lebih menyihatkan kerana ia bukan sahaja mengandungi karbohidrat tetapi juga kaya dengan protein dan serat. Beras merah ini sendiri sudah memenuhi ciri-ciri gizi yang seimbang. Cara yang terbaik, Ikuti pola pemakanan sihat mengikut piramid makanan Asia bermula seperti hasil beras, tepung dan bijiran, diikuti dengan sayur dan buah-buahan. Seterusnya protein haiwan dan tumbuhan seperti susu rendah lemak, daging tanpa lemak dan kekacang dan akhir sekali makanan yang paling sedikit diambil seperti lemak atau minyak dan gula.

3) makan dengan kadar perlahan



Makan dengan perlahan memberi peluang kepada otak untuk mengirimkan signal sudah kenyang. Cara begini membantu menggelakkan anda daripada makan berlebihan. Menurut pakar pola pemakanan yang sihat, lengkap dengan air, karbohidrat, protein, lemak dan serat. Namun, masih kurang pengambilan protein tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sehingga kekurangan keperluan vitamin dan mineral. Cuba variasikan sumber protein dengan menambah pengambilan makanan seperti kekacang. Nutrien makanan harus seimbang kerana tubuh amat memerlukannya. Apatah lagi protein tumbuhan yang kaya dengan isoplavon sebagai antioksidan, fitestrogen sebagai sumber estrogen dari tumbuhan yang digunakan untuk meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh dan fitesterol. Perhatikan juga cara memasak. Kurangkan menggoreng makanan. Makan tiga sudu sudah cukup kerana pengambilan sayur-sayuran sudah cukup banyak. Tambahan, sayur dan buah juga mengandungi karbohidrat yang tinggi serat.